Sebuah gudang milik pasar raya besar di Jasin, Melaka diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari selepas dikesan menyimpan stok barangan makanan yang dipenuhi dengan najis haiwan yang dibiarkan sehingga kering.<br /><br />Dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu, pasar raya tersebut turut dikesan menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku, selain makanan yang telah tamat tarikh luput pada 2018.
